Filem ini mengisahkan Budi (lakonan Remy Ishak) yang dilahirkan pada tarikh yang hanya hadir 4 tahun sekali iaitu pada 29 Februari. Kehidupan beliau menjadi sangat berbeza dengan orang lain lantaran umurnya yang lambat meningkat, justeru menyebabkan Budi lambat menua. Apabila Jepun datang menjajah Tanah Melayu, ibunya dibawa pergi oleh askar Jepun dan hilang khabar berita sejak itu. Ayahnya punya dibunuh kejam dan bangunan milik ayahnya diletupkan.
Bertahun-tahun sudah berlalu dan Budi tinggal di rumah kebajikan. Bersama-sama rakan baiknya yang buta iaitu Razak (lakonan Izzue Islam), Budi menyara hidup dengan menjual bakul. Pertemuannya dengan Lily (lakonan Jojo Goh) sama sekali telah mengubah hidup Budi apabila dia jatuh hati pada Lily.
